"DisakitkanNya kita sekejap, tapi cepat-cepat disembuhkan semula kerana cintaNya.. disusahkan sedikit agar insaf, namun segera disenangkan semula.. itulah belaianNya. Dimarahkan juga kadangkala kerana sayang, namun tidak lama kerana kasihNya... Dipanggil-panggil kepadaNya, untuk meminta itu dan ini, Tuhan amat melayani hambaNya.. Tapi si hamba tidak peduli langsung!"
Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah SAW berpesan 'Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak'. Sahabat bertanya 'Apakah fitnah besar
itu ya Rasullullah? ' 'Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu,pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik.' Sahabat bertanya lagi. 'Mengapa begitu ya Rasullullah? ' Rasullullah SAW menjawab, ?Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia'.
No comments:
Post a Comment