Monday, August 31, 2009

Syukur dan sabar

Alhamdulillah..semalam pergi terawih ade disediakan tazkirah. Susah jugak nak dengar org beri tazkirah lepas sembahyang terawih, sebab skrg sume org cam nak cepat, lagi2 bkn dekat masjid. Semalam pun, selepas terawih, semua orang dah bangun, tapi duduk balik disebabkan ade sesuatu yang nak disampaikan.

Semalam cakap pasal syukur dan sabar. Iyelah, inikan bulan Ramadhan, mmg kena pun dengan tema. Sabar seorang Muslim di siang hari kerana menahan lapar dan dahaga dan jaga pancaindera. Syukur seorang Muslim kerana berjaya menewaskan nafsu di siang hari dan diberi nikmat berbuka.

Tazkirah ini, mmg terkesan di hati saye, biarpun inilah yang diulang-ulang setiap Ramadhan, tapi ia memberi impak yang agak besar dlm hidup saye. Kerana sabar inilah, saya boleh tersenyum gembira lagi. Kerana syukur jugalah, saye tahu, ramai lagi yang tak bernasib baik diluar sane.
Moga perasaan ini dapat dipupuk berterusan dalam hidup kite.

No comments:

Post a Comment