Friday, September 4, 2009

Ratuku..

Hari itu kiteorg ade buat forum, pasal, women you are so special..
ade la jemput2 panel yang mmg bes, panel lelaki yang bercakap secara terus terang ape yg dia mahukan dari seorg perempuan sebenarnya...
dan lirik ratuku ni semacam tepat jugak la..
shahdunyer..lagi2 bile dengar luahan hati tu dari seorg lelaki..perempuan mmg cepat tersentuh dgn benda2 mcm ni..

video ade kat link ni..


---------------
Ratuku

Ingin ku luahkan
Apa yang sudah lama inginku luahkan
Tentang kebimbanganku ini tatkala
Melihat bunga-bunga berguguran
Di petik tangan-tangan ganas
Lagi bernafsu serakah

--\
Kebimbanganku ini masih menebal
Apabila kudengar dengungan
kumbang perosak
Yang cuba menyedut madumu
Walau tanpa relamu

--\
Kebimbanganku bertambah lagi
Bila ku melihat bunga
Yang tak segan silu
Melempiaskan kecantikannya
Ketika sedang mekar
Melupakan kuntuman
Yang sebelum ini melindunginya

--\
Aku masih terpinga-pinga
Masih wujudkah lagi
Ratu idaman hatiku
Kerana apa yang kulihat hari ini
Semakin banyak bunga-bunga gugur
Bagaikan tibanya musim luruh

--\
Bukanlah kuharap
Kau segigih Siti Hawa
Yang berlari-lari
antara Safa dan Marwa

Bukan juga sesetia Ainul Mardhiyah
Menanti kekasih dipintu syurga

--\
Akuilah hakikat yang terurai
Engkau bukanlah Siti Khadijah
Mahupun Siti Fatimah
Engkau bukan Aishah
Bukan juga Rabiatul Adawiyyah
Wanita suci terpuji
Kerana
aku tidak layak berharap sedemikian rupa
Cukuplah sekadar
Kau cuba mencontohi bunga-bunga itu
Kembang mekar mewangi
Sehingga keharumannya
Melewati pintu-pintu syurga

Jangan kau risau ratuku
Kadangkala musim berganti
Sehingga bunga
Tak dapat berkembang mekar
Tapi itu
Hanya ujian buatmu

--\
Esok musim bunga
Pasti akan tiba
Dan kau akan mampu
berkembang lagi
Cuma kuharapkan ketika itu
Kau jaga kelopakmu itu
Jangan sampai tangan-tangan kasar
Memetikmu lagi
Jangan goda kumbang-kumbang ganas
Menghisap madumu
Jangan biarkan gagak-gagak hitam itu merosakkan serimu

Kerana kau ratu idaman kalbu

--\
Aku bukanlah memandang kecantikanmu
Walaupun kadangkala aku tertarik memandangnya

Tapi bukan itu yang kuharapkan

Aku yakin Ratuku..
masih ada sinar harapan yang bisa membuatku tersenyum lega

kerana akan ku temui ratu yang benar benar ratu